KENAPA SAYA MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU IBU
Saya ingin berkongsi cerita mengenai bagaimana dan mengapa
saya menyusukan anak saya dengan susu ibu sahaja.
Semasa mengandung, kami suami isteri TIDAK pernah terfikir
tentang susu apa yang akan anak kami minum. Saya lebih kisahkan bantal, tilam,
barang-barang keperluan baby dan sebagainya. (Masih tak
terfikirkan tentang susu)
Tetapi saya ada terfikir ingin membeli pam susu disebabkan
takut bengkak susu ketika di dalam pantang. Breastpump yang pernah saya nampak
di rak barangan bayi di Tesco hanya brand Pureen Manual RM19.90 dan elektrik
RM100. Tidak pernah saya menjumpai jenis pump yang seperti saya ada
sekarang.(spectra 3 dan avent manual)
Sebaik sahaja selepas melahirkan Aniq Azzareef secara normal
seberat 3.88kg di hospital Selayang .(sangat tembam)
Selepas beberapa jam saya dan bayi di bawa ke wad biasa.
Saya sedia maklum bahawa tempoh masa sejam pertama adalah
penting untuk bayi disusukan dengan susu ibu. Dan ibu digalakkan mula
menyusukan bayi mereka.
Jadi saya menyusukan Aniq seperti yang sepatutnya tetapi
hanya keluar seperti minyak-minyak sahaja dan Aniq sangat selesa untuk tidur.
Saya yang tiada ilmu yang kuat tentang susu ibu ini pun
menganggap ia perkara biasa dan tidak mengapa. Saya pun mengambil peluang untuk
berehat kerana kepenatan berada di labour room selama 12 jam.(mula di masukkan
ke labor room jam 6pagi dan selesai jam 6 petang).Aniq dilahirkan dengan
bantuan vaccum kerana saya kurang upaya lagi mahu meneran dan Aniq ‘big baby’.
Pembetulan, susu ibu sebenarnya
sudah ada sebaik sahaja bayi dilahirkan. Kerana hormon estrogen paling banyak
terkandung di dalam uri bayi. Estrogen dan Prolaktin *hormon penghasilan susu
berkadar langsung. Oleh itu, sebaik sahaja bayi dan uri dikeluarkan, susu ibu
mula dihasilkan
Keesokkannya saya dibenarkan pulang ke rumah dan pada hari
ke-3 saya mula mengesan sesuatu pada pampers Aniq iaitu terdapat tompokan warna
‘pink’ dan saya mulai perasan air kencing Aniq tidak banyak. Saya mula risau dan
sangsi dengan insiden tersebut. Petang itu saya segera menggesa suami untuk
pergi ke klinik kesihatan (tempat check up mengandung). Aniq didapati sedikit
demam dan doctor membuat surut rujukan untuk saya terus ke Hospital Selayang.
Setiba dihospital kami dimaklumkan bahawa Aniq perlu admitted dan akan mendapat rawatan susulan. Amat sukar ketika itu kerana saya mengalami jahitan yang banyak dan menyukarkan pergerakan. Suami menolak saya dengan menggunakan wheel chair untuk ke wad NICU.
Aniq perlu bermalam di NICU tanpa saya. Dek kerana tiada katil yang kosong dan hanya Aniq dibenarkan bermalam. Saya dimaklumkan mungkin esok baru ada katil kosong untuk tidur di dalam NICU. Beberapa hari di NICU barulah doctor dapat mengenalpasti masalah Aniq. Sedihnya hati saya bahawa doctor kata ..mujur saya cepat ke hospital ginjal Aniq hampir rosak disebabkan kekurangan air. Betapalah saya rasa diri saya amat bodoh ketika itu.
Sejak detik itu, saya terus tekad untuk menyusukan Aniq
hanya dengan susu ibu. Saya ingin menebus kesalahan saya di awal kelahiran
Aniq. Beberapa hari di NICU saya ditempatkan di ruang compartment ibu dan bayi
untuk mudah menyusukan. (lepas keadaan Aniq agak stabil)
Ketika itulah saya berkenalan dengan jiran sebelah
compartment saya iaitu kak Sujaihah Hassan. Beliau melahirkan baby Raisya yang
extreme premature pada minggu ke 25. Subhanallah, keberadaan saya di NICU amat
menginsafkan saya dan menyedarkan saya ramai lagi yang menghadapi ujian yang
lebih berat.
Sejak itu, saya bertekad saya akan menyusukan Aniq dengan susu ibu sahaja!!!!
Nota Tambah tambahan:
Penyusuan Eksklusif ialah Susu Ibu SAHAJA selama 6 bulan
pertama(tiada air kosong mahupun apa apa makanan), dan meneruskannya selama 2
tahun.
Makanan tambahan diberi semasa bayi berusia 6 bulan.
Mengapa 2 tahun?
Kerana enzim untuk menguraikan kandungan laktosa dalam susu
hanya terdapat dalam badan bayi berusia di bawah 2 tahun.
Dengan kata lain, bayi tidak memerlukan susu selepas berusia
2 tahun.
Magisnya, komposisi & kandungan nutrien susu ibu
berubah2 mengikut umur bayi anda (baru lahir, 3 bulan, 6 bulan atau 2 tahun…)
Bukan itu sahaja, kandungan susu itu sendiri berubah
mengikut cuaca
Contohnya : lebih cair semasa hari panas/tengahari dan lebih
suam/likat semasa sejuk..
Tiada tarikh luput, tiada racun, bahan penstabil dan
pengawet
Susu yang dibekukan (EBM) berbulan bulan itu JAUH lebih baik
berbanding susu formula yang dimanufacturekan oleh siapa.
Menggunakan susu siapa/apa, diberi makan apa serta dicampur
apakah.