///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// December 2013 | Ummi Vita Centre

Friday, December 20, 2013

Susu Formula mengandungi DHA sejauh mana kebenarannya?




Secara umumnya, ramai orang yang tahu manfaat Minyak Ikan. Ia sangat penting kerana mengandungi Omega-3 yang tidak mampu dihasilkan oleh badan. Dua jenis asid lemak Omega-3 yang paling terkenal ialah DHA dan EPA yang selalu iklankan di televisyen yang  ditambah dalam pelbagai jenis susu formula.

                       

Kelebihan dua jenis lemak Omega-3 ini sangat berkait rapat dengan kepintaran otak. Jadi sangat lah baik diambil oleh kanak-kanak demi menjadikan mereka bijak dan cemerlang.

Tidak kiralah kita tahu banyak ataupun sedikit. Kesedaran ini banyak dipengaruhi oleh iklan-iklan di televisyen (tv). Saya sendiri adalah antara orang yang sedar kebaikan minyak ikan akibat menonton tv. Jadi ada bagus juga menonton tv kan. Tak la semua sia-sia ja.

BERBALOIKAH HARGA DAN KANDUNGAN OMEGA-3 NYA

Tahukah anda, produk-produk yang diiklankan itu mahal. Kandungan minyak ikan yang sangat sedikit tetapi perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Mengapa terjadi sebegini? Hanya mereka yang tahu jawapannya. Omega 3 yang dijadikan bahan tambah menyebabkan susu formula jenama tersebut menjadi mahal. Berbaloi kah?
Mari kita cek sikit harga produk susu formula yang popular di televisyen :

  1. Enfalac A+ = RM60 - RM72 (650g)
  2. Susu Biomil Xcel = RM55.80 (900g)
  3. Anmumm Essential = RM16.50 (200g)
  4. Enfagrow A+ = RM45 (650)


Berbaloikah anda bayar mahal pada susu formula yang belum tentu banyak mana kuantiti minyak ikan di dalamnya. Pendek kata, menangis kalau tahu sikitnya kandungan omega-3 berbanding harga yang ditawarkan. Hal ini tidak berlaku pada produk jenama shaklee. Dengan harga sekitar RM100++ anda mendapat sari minyak ikan terasli dan terbaik. Tanpa ragu dicampur dengan bahan tiruan atau komponen sintetik.


KELEBIHAN MINYAK IKAN OMEGA GUARD 

Selain itu saya nak kongsi dengan anda kebaikan minyak ikan jenama shaklee. Boleh rujuk artikel asal di sini
  • Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Omega 3 dapat mengelakkan strok
  • Mengekalkan tekanan normal darah
  • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol
  • Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  • Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  • Membantu menyihatkan paru-paru
  • Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  • Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE(lupus erythematosus)
  • Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  • Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  • Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi
  • Mencegah penyakit gout

Membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Baiklah, pilihan ditangan anda. Selamat memilih minyak ikan yang terbaik!!!


Your Shaklee Independent Distributor
                      Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191

♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com
  


Thursday, December 19, 2013

Cer tengok label ~ minyak ikan atau minyak hati ikan

FISH OIL ATAU FISH LIVER OIL






Sebelum kita membeli suplement Omega 3 untuk anak-anak kita cer tengok label dan kandungan fish oil atau fish liver oil.
Adakah anda sedar wujudnya minyak ikan dan minyak hati ikan? Jujurnya ramai yang tidak menyedari hal ini. Sekian lama kita didedahkan dengan minyak hati ikan tanpa tahu pilihan yang lain iaitu minyak ikan.

OmegaGuard Shaklee adalah minyak ikan yang dihasilkan dari ikan kecil berasal dari lautan dalam. Sebalinya, minyak hati ikan bersumberkan hati ikan Kod yang bersaiz besar dan tentunya mengandungi bahan enap cemar yang lebih banyak kerana diambil dari hati.

Jom ketaui 4 fakta kelebihan & kekurangan minyak hati ikan

Bau Hanyir


Kandungan Omega-3 dalam minyak ikan dan minyak hati ikan adalah lebih kurang sama. Kedua-duanya mengandungi DHA, EPA dan ALA. Omega Guard Shaklee mengandungi rangkaian penuh 7 asid lemak omega-3 selain DHA, EPA dan DHA.

Apa yang kurang menarik, minyak hati ikan mempunyai masalah bau hanyir yang sangat kuat. Masalah bau ini sering membantutkan matlamat pengambilan omega-3 yang berterusan. Sebaliknya, minyak ikan yang mempunyai bau yang lebih lembut membantu anda mengambilnya dengan konsisten.


Vitamin D dan Vitamin A


Perbezaan utama kedua-dua minyak ikan dan minyak hati ikan ialah kandungan vitamin D dan A. Oleh kerana vitamin larut lemak ini di simpan di hati, maka ia lebih banyak terdapat pada minyak hati ikan. Malangnya, vitamin larut lemak yg berlebihan akan menyebabkan toksik jika diambil dalam jumlah yang berlebihan.

Lebih dos vitamin D boleh menyebabkan loya, muntah, lemah dan pitam. Manakala lebih dos vitamin A boleh menyebabkan keguguran, masalah hati, osteoporosis dan masalah sistem saraf.

Jika anda tinggal di kawasan yang kekurangan cahaya matahari seperti negara 4 musim, pengambilan minyak hati ikan mungkin lebih baik kerana kandungan vitamin A yang tinggi. Bagi kita yang tinggal di Malaysia dengan pendedahan cahaya matahari sepanjang tahun, adalah lebih dan lebih baik mengambil minyak ikan yang berdos lebih rendah.


Bahan pencemar

Perbezaan yang sangat ketara antara kedua jenis ini ialah darjah pencemaran atau kuantiti pencemar yang terkandung didalamnya.

Untuk pengetahuan anda, organ hati adalah tempat menapis berbagai-bagai bahan pada tubuh. Oleh sebab itu, minyak hati ikan mengandungi lebih banyak pencemar seperti logam berbahaya iaitu plumbum dan merkuri.

***Amaran: kanak-kanak, wanita mengandung dan ibu menyusu tidak digalakkan mengambil minyak hati ikan kerana logam berat ini mudah meresap dan membahayakan bayi.


Kajian Terbaru

Menurut kajian terbaru oleh Dr. John Cannell, Pengarah Pertubuhan Vitamin D, kandungan minyak hati ikan telah berkurangan Vitamin D. Ia berikutan  Proses penyahbau yang dilakukan telah menghilangkan kebaikan nutrisi ini. Kajian ini boleh dirujuk pada 15 artikel yang dikeluarkan dan artikel terbarunya adalah
 “Cod Liver Oil, Vitamin A Toxicity, Frequent Respiratory Infections, and the Vitamin D Deficiency Epidemic" dalam isu bulan November  Annals of Otology, Rhinology and Laryngology.


Jadi,anda jelaskan kenapa Omega Guard Shaklee sangat disarankan kepada kita!!! Jangan memilih minyak ikan yang salah ya. Pilihan ditangan anda, pilihlah yang terbaik buat anda, anak-anak dan keluarga
Your Shaklee Independent Distributor
                      Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191

♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com
  


sumber : mercola.com



Vita C Sustained Release ~ 500 mg

Sustained Release Vita-CTM 500 mg


Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Your Shaklee Independent Distributor
                      Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191

♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com
  

Sumber : Shaklee Products (M)

Wednesday, December 18, 2013

Jerawat di muka dan badan atasi dengan Zink !

Kekurangan zink boleh menyebabkan pembentukan jerawat di muka atau badan anda.

Zink ialah garam mineral penting kepada semua bentuk kehidupan, kerana zink ialah ekspresi genetik, perutumbuhan sel dan replikasi sel.Malah pengambilan zink alah cara yang PALING MUDAH & MURAH untuk mempunyai asas kulit muka yang licin.

Bagaiman zink membantu menghasilkan kulit yang licin?

Mekanisme yang sebenar masih belum diketahui sehingga kini, namun besar kemungkinan Zink menyembuhkan jerawat dengan cara mengangkut Vitamin A ke kulit kita, dan zink juga membantu meregulasikan serta menyeimbangkan hormon dalam badan.

Boleh dapatkan zink dalam makanan?
Hakikatnya,boleh tapi tidak mencukupi sehingga menyebabkan ada segelintir individu kekurangan zink.

8 tanda kekurangan Zink dalam badan :

  • Bintik putih pada jari kuku
  • Kulit kering
  • Kerosakan kuku
  • Mudah demam
  • Keguguran rambut
  • Cirit birit (diarrhea)
  • Keinginan hubungan intim merudum
  • JERAWAT


Jika sukar mendapatkan zink dari sumber makanan harian anda, apa kata anda dapatkan "Zinc Complex Shaklee" dengan harga yang sangat rendah dan murah boleh di ambil 2-4 bulan.



Anda juga digalakkan mengambil vitamin Set Kesihatan Kulit seperti B complex, Vitamin C, Vitamin E dan ESP (Energy Soy Protein).

Your Shaklee Independent Distributor
                      Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191

♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com
  



Sumber : genkimomma.net

Parut jerawat dan jeragat boleh hilang ke?

Nak hilangkan jeragat dan jerawat



Semua orang nak muka licin tanpa jerawat dan jeragat kan?Ada juga yang berjerawat nampak cantik..Err betul ke?
Apa pun terpulang pada individu..
Ada rakan yang bertanya saya apakah vitamin yang membantu menghilangkan jeragat dan parut?
Kalau nak ikutkan banyak, tapi memadai lah jika anda mengamalkan vitamin C, Vitamin E dan B complex. Tapi untuk lebih anggun lagi makan dengan ESP (Energy Soy Protein).
Nampak macam banyakkan?
Ada juga yang mendakwa mengambil vitamin yang banyak akan menyebabkan kesan jangka panjang yang negatif seperti buah pinggang dan sebagainya. Tetapi perlu ingat itu vitamin sintetik (yang ada silica gel) tu.
Shaklee vitamin semulajadi..tanpa 'silica gel'
Tak perlu 'silica gel' untuk memastikan keasliannya. Memang dah semulajadi..
Ramai yang membuat kesimpulan hasil dari cerita rekaan dan yang kurang ilmunya.
Boleh rujuk di sini untuk informasi tentang vitamin semulajadi VS vitamin sintetik..

Bagaimana ia bertindak?

Vitamin E
=========
Vitamin E ni, sejenis antioksidan yang kuat (dapat menghindari kulit muka dari teroksida) serta boleh larut dalam lemak.
Ia melambatkan proses penuaan, malah melembutkan tekstur kulit anda.
Percayalah pasti muka dah tak nampak kusam lagi.

Vitamin C
=========
Bagi Vitamin C pula, ia mempertingkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.
Ia juga menyolong pembentukkan kolagen, menjadikan kulit lebih anjal, kenyal dan putih berseri. Extra bonus, menjaga kecantikan gigi, gusi dan struktur am badan kita.

B Complex
=========

Manakala vitamin B Complex pula, memelihara badan dan menukarkan tenaga daripada makanan atau lebih tepat memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat. Bila kita stress,wajah akan memancarkan aura negatif, dengan pengambilan B complex anda akan kelihatan bertenaga dan tenang serta 'mood' lebih ceria


Sumber : Shaklee Products (M), anakkuwiraku.com

Tuesday, December 17, 2013

Vitalea ~ Multivitamin dan multimineral

Vita-Lea® Iron Formula


Multi vitamin & Multi mineral

Vitalea dikenali sebagai Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Keistimewaan Vita-Lea:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam 
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan 
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D 
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk 
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah 
      merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik atau SLE perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

Bilangan tablet : 120 pil

Your Shaklee Independent Distributor
                      Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191

♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com
  


sumber : Shaklee Products (M)

ESP-Minuman berkhasiat (multipurpose drink)

ESP - Soy Protein Isolate Powder
HOT SELLER ~ ESP



ESP merupakan Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Keistimewaan Shaklee ESP:

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Your Shaklee Independent Distributor
                      Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191

♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com
  


sumber : shaklee products (M)

Saturday, December 14, 2013

Jualan penghabisan tahun 2013~Omega Guard


Jualan penghabisan tahun 2013, Shaklee buat promosi Omega Guard, jadi saya nak cerita sikit tentang Omega Guard yang menjadi pujaan ramai ni.Esspecially yang nak kurus.

Omega Guard ni banyak sangat manfaatnya baik dari bayi dalam kandungan sehingga warga emas juga boleh mendapat manfaatnya.saya akan kongsikan khasiat dan kebaikan Omega Guard di entri seterusnya.

Malam ni saya nak kongsikan apa keistimewaan Omega Guard ni..
  • Melindungi Jantung anda ~Ia embekalkan asid lemak omega -3 berpotensi ultratulen dgn spektrum penuh bergred farmaseutikal
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung ~satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega -3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Ultratulen dan bergred Farmaseutikal ~Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega -3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bhn2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdpt dlm ikan
  • Minyak Ikan terbaik di dunia~mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi,DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak.

Ingredients: (per 3 capsules)

EPA 540mg
DHA 360mg ( Omega sebelum ini mengandungi 235mg DHA)
Omega 3 fatty acids 990 mg( dahulu hanya 195mg omega-3 fatty acid)


Your Shaklee Independent Distributor
                      Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191

♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com
  


Tingkatkan imun badan dengan Nutriferon !





Mudah demam, selsema dalam jangka masa yang panjang petanda antibodi badan semakin lemah. Banyak faktor yang mempengaruhi antibodi lemah ni, saya akan kongsikan di artikel yang seterusnya ye..Kali ni nak cerita tentang Nutriferon yang menjadi pujaan rakyat Malaysia yang sedar akan kebaikannya.

Nutriferon sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.

Siapa yang perlukan Nutriferon?
  • Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
  • Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
  • Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
  • Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
  • Mereka yang sering stress.
  • Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
  • Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
  • Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.


Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!

Cara pengambilan :
-Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat, ATAU,
-Satu paket sehari (atau, jika perlu),di minum bersama air. Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan.
-Nutriferon Shaklee ni sangat esklusif sebab anda tidak akan jumpa di mana mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee dan pengedarnya sahaja.

                                                       
Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan
Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

Kapasiti : (30 stik x 1.2 g)


Your Shaklee Independent Distributor
                      Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191

♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com
  

sumber info : Shaklee Products (M)




***Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, December 13, 2013

KEJANG KETIKA HAMIL


Seringkali ibu hamil mengadu mengalami masalah kekejangan betis terutamanya pada waktu malam. Kesakitan yang dialami pasti mengganggu tidur si ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.

Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil adalah:

*Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
*Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.

Apa perlu buat?

*Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
*Urut otot yang kejang itu.
*Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.

Tip elakkan kekejangan betis :
  • Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.


Kami di Shaklee mempunyai kalsium-magnesium atau dikenali sebagai Ostematrix (cal-mag) yang lebih daripada sekadar Kalsium. 
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Your Shaklee Independent Distributor
                      Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191

♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com
  

sumber info : pama karangkraft

CARA MENGATASI ANAK CEREWET MAKAN





Aduh memang pening kepala mama kalau anak cerewet makan. Ia sangat menguji kesabaran ibu. Penat memasak tidak hilang apabila si manja enggan membuka mulut merasa masakan yang disediakan.
Kadang kala kita terfikir bagaimana anak sekecil usia setahun lebih sudah pandai memilih makanan apa yang hendak di makan. Sebenarnya ia bermula daripada didikan awal di rumah.

Ibu bapa perlu menetapkan undang-undang makan sejak anak mula belajar makan makanan pejal. Ketegasan diperlukan untuk mendidik anak-anak membesar sebagai anak yang tidak cerewet bab makan.
Di sini saya nak kongsikan tips untuk mengatasi anak cerewet makan ni.. Antaranya ialah :

*Pentingnya menetapkan masa makan yang konsisten setiap masa.
*Pastikan semua ahli keluarga makan bersama setiap kali waktu makan.
*Jika anak enggan makan pada waktu makan, anda perlu tegas memberitahunya selepas ini tidak ada makanan jika dia terasa lapar.
*Elakkan gangguan televisyen, alat permainan ketika waktu makan. Kadang kala ada ibu bapa yang memang mendidik anak sejak usia bayi makan sambil menonton televisyen atau bermain. Alasannya supaya anak mudah makan. Kesannya apabila besar, mereka tidak mahu makan kerana asyik menonton televisyen.
*Libatkan anak-anak dalam proses penyediaan makanan bermula daripada membeli bahan, menyediakan dan memasak.
*Tanya anak soalan seperti “Hari ini nak makan ayam ke ikan?” berbanding “Hari ini nak makan apa?”. Ia lebih memberi kesan teruja kepada anak untuk menjamah makanan yang dimasak nanti.
*Jika anak enggan makan sayur, ceritakan satu watak kartun yang hebat kerana makan sayur. Misalnya kartun Popeye. Dengan melihat kehebatan kartun tersebut disebabkan makan sayur, anak-anak kecil akan terpengaruh.
Semuanya terletak kepada cara pujukan ibu bapa melatih anak mereka membesar sebagai anak yang tidak cerewet makan. Jika anak tak suka makan sayur, periksa diri adakah anda sendiri makan sayur atau tidak?

Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak jadi pastikan kita menjadi cermin yang terbaik buat mereka

Jika anda memilih Shaklee, kami mempunyai Mealshakes dimana Mealshakes Shaklee merupakan protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia mempunyai jumlah hidangan yang seimbang bagi sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh yntuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.
Selain itu juga, Mealshakes berupaya melengkapkan nutrisi dan MENAMBAH SELERA MAKAN anak anda.



Ramai ibu yang telah memberi anak mereka Mealshakes dan hasilnya sangat membanggakan. Anak sudah tidak cerewet makan dan sentiasa berselera untuk makan. Ini satu situasi yang sangat menggembirakan ibu ayah di laur sana termasuk kami suami isteri.

Melashakes ini sesuai untuk membantu masalah :
  • Anak kurang berat
  • Penyakit kulit/eczema
  • Sembelit
  • Lemah dan kurang bertenaga


Anda boleh membaca testimoni diruang testimoni mealshakes ya!

Your Shaklee Independent Distributor
                      Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191

♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com
  

sumber info : pama karangkraft
VITALEA BOLEH MENGATASI MASALAH ANEMIA KETIKA HAMIL (LOW HB)



Anemia atau kurang darah juga merupakan satu masalah penyakit terutama di kalangan ibu hamil. Gejala ini sangat mudah dikesan berdasarkan fizikal ibu sendiri. Antara yang mudah dikesan iaitu warna kelopak mata yang pucat, kerap berasa letih dan sukar fokus pada sesuatu.

Bagaimanapun sekiranya gejala anemia semakin teruk, ia akan diikuti dengan gejala rambut gugur, nafas pendek, kuku cekung seperti sudu, sukar menelan sehingga kepekaan terhadap jangkitan meningkat.
Jika doktor mengesan gejala ini di kalangan ibu hamil, mereka disarankan membuat pemeriksaan hb melalui ujian darah. 

Apabila kadar hemoglobin kurang daripada 11g/dl, doktor biasanya menyarankan pemeriksaan darah lanjutan termasuk  siasatan kemungkinan ada penyakit lain yang mungkin menjadi penyebab.
Ini bagi memudahkan doktor menyesuaikan jenis rawatan dan faktor terjadinya anemia kepada ibu tersebut.

*Apabila anemia berlaku akibat kekurangan protein, ibu perlu meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein seperti telur, ikan, daging, ayam, makanan laut dan susu.
*Apabila anemia berlaku akibat kekurangan asid folat atau zat besi, maka pemberian suplemen perlu dilakukan dengan pengawasan daripada doktor anda. Keperluan harian zat besi dan asid folat ketika hamil meningkat dua kali ganda berbanding sebelum hamil. Oleh itu doktor menyarankan keperluan itu dipenuhi dengan pemakanan atau suplemen.

Jika pemberian suplemen masih tidak mampu memenuhi keperluan zat yang berkurangan, maka rawatan memberi zat besi ata asid folat intravena atau tranfusi perlu dilakukan dengan pengawasan ketat daripada doktor sakit puan anda.

Jika anda mengahadapi masalah seperti ini dan memilih untuk mencuba vitamin Shaklee, kami menawarkan vitalea adalah jawapan. Ia boleh membantu ibu hamil yang mempunyai masalah low HB kerana kandungan iron dan mutivatin serta multimineralnya. 

Namun untuk set vitamin yang lengkap, kami mencadangkan pengambilan set lengkap Vitamin Ibu Mengandung shaklee iaitu :
-Vitalea Iron Formula
-B complex
-Viamin C
- ESP (Energy Soy Protein)
-Omega Guard
-Ostematrix

Saya akan kongsikan apa kelebihan mengamalkan Vitamin Ibu Mengandung Shaklee di entry lain ya..




Your Shaklee Independent Distributor
                      Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191

♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com
  

sumber info : pama karangkraft, genkimomma.net


TIADA PAM SUSU BUKAN ALASAN BERI FORMULA

Tiada pam susu bukanlah alasan untuk tidak menyusukan bayi saya dengan susu ibu. Percaya atau tidak, saya masih meneruskan penyusuan kepada bayi saya walaupun saya perlu bekerja dan saya tidak mempunyai pam susu, selama 2 minggu (sementara mahu membeli pam susu).

Saya membuat entri ini kerana dulu saya mencari cara memerah susu menggunakan tangan di internet, dan saya ingin kongsikan di sini bahawa kaedah ini sedikit sebanyak sangat membantu memperbanyakkan susu ibu selain memakan suplement.

Saya menggunakan teknik memerah susu secara manual menggunakan tangan. dan saya ingin mengajar anda semuaTeknik Memerah Susu menggunakan tangan. Teknik ini boleh digunakan jika berlaku pam tertinggal atau pun tiada power supply.

Jujurnya saya mengetahui teknik ini ketika saya mengalami bengkak susu di dalam pantang dengan bantuan suami. Saya tidak membeli pam susu kerana kekangan wang (saya tidak bekerja kerana bersalin guru sandaran perlu menamatkan kontrak kerana tiada cuti bersalin)

Selepas berpantang saya cuba mencari kerja-kerja yang dekat dengan rumah saya. Berkat rezeki anak, saya ditawarkan menjadi kerani di sebuah Syarikat Construction di Selayang Baru. Dalam hati dah seronok tetapi saya menjadi risau kerana saya tiada pam untuk memerah susu semasa saya kerja untuk di tinggalkan kepada Aniq. Saya mengambil inisiatif dengan memerah menggunakan tangan. Allah maha mengetahui hambaNya yang kurang mampu, susu saya melimpah ruah keluar macam air paip perah hanya menggunakan tangan. Dalam masa yang sama, saya mencari sesiapa yang ingin menjual breastpump kepada saya.

Saya dapat 5oz. Cukuplah untuk sesi pagi dan saya akan memerah susu pada jam 10pagi di pejabat dan waktu lunch saya menghantar susu tersebut kepada baby sitter Aniq untuk digunakan dibelah petang. Dan pada jam 2petang saya akan memerah susu sekali lagi untuk bekalan susu Aniq esok pagi. Saya memerah susu secara manual selama 2 minggu. Bayangkan..betapa kuasa minda mempengaruhi kemampuan kita melakukan sesuatu. Saya pada ketika itu, hanya memikirkan Aniq hanya disusui dengan susu ibu. Langsung tidak terfikir pasal susu formula.

Saya begitu sedih, kerana pada masa ini terdapat segelintir ibu-ibu yang berkemampuan membeli pam susu tidak mahu menyusukan anak mereka. Sedangkan saya bersusah payah memerah menggunakan tangan kerana saya tidak mampu membeli pam susu ketika itu.

Akhirnya saya membeli breastpump dari seorang kakak di Johor (saya jumpa iklan di mudah.my) Avent manual yang baru digunakan 2 kali sahaja. Beliau menjual kerana anak tidak mahu minum susu ibu.

Alhamdulillah…saya bersyukur panjang..Sejak dari itu saya mudah sangat memerah susu menggunakan pam susu avent manual.













STEP 1 : 
Letakkan jari anda dalam bentuk C di bahagian luar aerola
Hati hati daripada terlalu rapat dengan nipple
Bagi ibu yang mempunyai aerola yang agak besar,
Agak agak letakkan jari anda di mana mulut bayi anda berada setiap kali menghisap susu

STEP 2 : 
Tekan inwards ke dalam bahagian tulang dada anda

STEP 3 : 
Picit ke bahagian dalam nipple
Buat 5 ke 10 kali perahan

STEP 4 : 
Dan buat pusingan membulat sekeliling luar aerola anda
Masa diambil 15 ke 20 minit sebelah breast
Dimana sehingga breast rasa kosong

*Nota : Anda tidak perlu menumbuk2 breast, mahupun memicit mana mana bahagian lain breast kerana dibimbangi akan mencederakan tisu payudara dan menyebabkan blocked duct.
Tangan anda mengampu payudara dan bukannya ‘memicit’ payudara kerana konsepnya mudah
Dimana bahagian yang terlibat dan dihisap bayi semasa feeding time, disitulah bahagian yang perlu dipicit bagi mengeluarkan susu.


Selamat mencuba mommy!