Aduh memang pening kepala mama kalau anak cerewet makan. Ia
sangat menguji kesabaran ibu. Penat memasak tidak hilang apabila si manja
enggan membuka mulut merasa masakan yang disediakan.
Kadang kala kita terfikir bagaimana anak sekecil usia
setahun lebih sudah pandai memilih makanan apa yang hendak di makan. Sebenarnya
ia bermula daripada didikan awal di rumah.
Ibu bapa perlu menetapkan undang-undang makan sejak anak
mula belajar makan makanan pejal. Ketegasan diperlukan untuk mendidik anak-anak
membesar sebagai anak yang tidak cerewet bab makan.
Di sini saya nak kongsikan tips untuk mengatasi anak cerewet makan ni.. Antaranya ialah :
*Pentingnya menetapkan masa makan yang konsisten setiap
masa.
*Pastikan semua ahli keluarga makan bersama setiap kali
waktu makan.
*Jika anak enggan makan pada waktu makan, anda perlu tegas
memberitahunya selepas ini tidak ada makanan jika dia terasa lapar.
*Elakkan gangguan televisyen, alat permainan ketika waktu
makan. Kadang kala ada ibu bapa yang memang mendidik anak sejak usia bayi makan
sambil menonton televisyen atau bermain. Alasannya supaya anak mudah makan.
Kesannya apabila besar, mereka tidak mahu makan kerana asyik menonton
televisyen.
*Libatkan anak-anak dalam proses penyediaan makanan bermula
daripada membeli bahan, menyediakan dan memasak.
*Tanya anak soalan seperti “Hari ini nak makan ayam ke
ikan?” berbanding “Hari ini nak makan apa?”. Ia lebih memberi kesan teruja
kepada anak untuk menjamah makanan yang dimasak nanti.
*Jika anak enggan makan sayur, ceritakan satu watak kartun yang
hebat kerana makan sayur. Misalnya kartun Popeye. Dengan melihat kehebatan
kartun tersebut disebabkan makan sayur, anak-anak kecil akan terpengaruh.
Semuanya terletak kepada cara pujukan ibu bapa melatih anak
mereka membesar sebagai anak yang tidak cerewet makan. Jika anak tak suka makan
sayur, periksa diri adakah anda sendiri makan sayur atau tidak?
Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak jadi pastikan kita
menjadi cermin yang terbaik buat mereka
Jika anda memilih Shaklee, kami mempunyai Mealshakes dimana Mealshakes Shaklee merupakan protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia mempunyai jumlah hidangan yang seimbang bagi sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh yntuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.
Selain itu juga, Mealshakes berupaya melengkapkan nutrisi dan MENAMBAH SELERA MAKAN anak anda.
Ramai ibu yang telah memberi anak mereka Mealshakes dan hasilnya sangat membanggakan. Anak sudah tidak cerewet makan dan sentiasa berselera untuk makan. Ini satu situasi yang sangat menggembirakan ibu ayah di laur sana termasuk kami suami isteri.
Melashakes ini sesuai untuk membantu masalah :
- Anak kurang berat
- Penyakit kulit/eczema
- Sembelit
- Lemah dan kurang bertenaga
Anda boleh membaca testimoni diruang testimoni mealshakes ya!
Your Shaklee Independent Distributor
Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191
♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com
sumber info : pama karangkraft
No comments:
Post a Comment