///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// November 2013 | Ummi Vita Centre

Monday, November 25, 2013

KENAPA SAYA MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU IBU

Saya ingin berkongsi cerita mengenai bagaimana dan mengapa saya menyusukan anak saya dengan susu ibu sahaja.
Semasa mengandung, kami suami isteri TIDAK pernah terfikir tentang susu apa yang akan anak kami minum. Saya lebih kisahkan bantal, tilam, barang-barang keperluan baby dan sebagainya. (Masih tak terfikirkan tentang susu)
Tetapi saya ada terfikir ingin membeli pam susu disebabkan takut bengkak susu ketika di dalam pantang. Breastpump yang pernah saya nampak di rak barangan bayi di Tesco hanya brand Pureen Manual RM19.90 dan elektrik RM100. Tidak pernah saya menjumpai jenis pump yang seperti saya ada sekarang.(spectra 3 dan avent manual)
Sebaik sahaja selepas melahirkan Aniq Azzareef secara normal seberat 3.88kg di hospital Selayang .(sangat tembam)
Selepas beberapa jam saya dan bayi di bawa ke wad biasa.
Saya sedia maklum bahawa tempoh masa sejam pertama adalah penting untuk bayi disusukan dengan susu ibu. Dan ibu digalakkan mula menyusukan bayi mereka.
Jadi saya menyusukan Aniq seperti yang sepatutnya tetapi hanya keluar seperti minyak-minyak sahaja dan Aniq sangat selesa untuk tidur.
Saya yang tiada ilmu yang kuat tentang susu ibu ini pun menganggap ia perkara biasa dan tidak mengapa. Saya pun mengambil peluang untuk berehat kerana kepenatan berada di labour room selama 12 jam.(mula di masukkan ke labor room jam 6pagi dan selesai jam 6 petang).Aniq dilahirkan dengan bantuan vaccum kerana saya kurang upaya lagi mahu meneran dan Aniq ‘big baby’.
Pembetulan, susu ibu sebenarnya sudah ada sebaik sahaja bayi dilahirkan. Kerana hormon estrogen paling banyak terkandung di dalam uri bayi. Estrogen dan Prolaktin *hormon penghasilan susu berkadar langsung. Oleh itu, sebaik sahaja bayi dan uri dikeluarkan, susu ibu mula dihasilkan
Keesokkannya saya dibenarkan pulang ke rumah dan pada hari ke-3 saya mula mengesan sesuatu pada pampers Aniq iaitu terdapat tompokan warna ‘pink’ dan saya mulai perasan air kencing Aniq tidak banyak. Saya mula risau dan sangsi dengan insiden tersebut. Petang itu saya segera menggesa suami untuk pergi ke klinik kesihatan (tempat check up mengandung). Aniq didapati sedikit demam dan doctor membuat surut rujukan untuk saya terus ke Hospital Selayang.

Setiba dihospital kami dimaklumkan bahawa Aniq perlu admitted dan akan mendapat rawatan susulan. Amat sukar ketika itu kerana saya mengalami jahitan yang banyak dan menyukarkan pergerakan. Suami menolak saya dengan menggunakan wheel chair untuk ke wad NICU.

Aniq perlu bermalam di NICU tanpa saya. Dek kerana tiada katil yang kosong dan hanya Aniq dibenarkan bermalam. Saya dimaklumkan mungkin esok baru ada katil kosong untuk tidur di dalam NICU. Beberapa hari di NICU barulah doctor dapat mengenalpasti masalah Aniq. Sedihnya hati saya bahawa doctor kata ..mujur saya cepat ke hospital ginjal Aniq hampir rosak disebabkan kekurangan air. Betapalah saya rasa diri saya amat bodoh ketika itu.

Sejak detik itu, saya terus tekad untuk menyusukan Aniq hanya dengan susu ibu. Saya ingin menebus kesalahan saya di awal kelahiran Aniq. Beberapa hari di NICU saya ditempatkan di ruang compartment ibu dan bayi untuk mudah menyusukan. (lepas keadaan Aniq agak stabil)
Ketika itulah saya berkenalan dengan jiran sebelah compartment saya iaitu kak Sujaihah Hassan. Beliau melahirkan baby Raisya yang extreme premature pada minggu ke 25. Subhanallah, keberadaan saya di NICU amat menginsafkan saya dan menyedarkan saya ramai lagi yang menghadapi ujian yang lebih berat.
Sejak itu, saya bertekad saya akan menyusukan Aniq dengan susu ibu sahaja!!!!

Nota Tambah tambahan:
Penyusuan Eksklusif ialah Susu Ibu SAHAJA selama 6 bulan pertama(tiada air kosong mahupun apa apa makanan), dan meneruskannya selama 2 tahun.
Makanan tambahan diberi semasa bayi berusia 6 bulan.

Mengapa 2 tahun?
Kerana enzim untuk menguraikan kandungan laktosa dalam susu hanya terdapat dalam badan bayi berusia di bawah 2 tahun.

Dengan kata lain, bayi tidak memerlukan susu selepas berusia 2 tahun.
Magisnya, komposisi & kandungan nutrien susu ibu berubah2 mengikut umur bayi anda (baru lahir, 3 bulan, 6 bulan atau 2 tahun…)
Bukan itu sahaja, kandungan susu itu sendiri berubah mengikut cuaca
Contohnya : lebih cair semasa hari panas/tengahari dan lebih suam/likat semasa sejuk..
Tiada tarikh luput, tiada racun, bahan penstabil dan pengawet
Susu yang dibekukan (EBM) berbulan bulan itu JAUH lebih baik berbanding susu formula yang dimanufacturekan oleh siapa.
Menggunakan susu siapa/apa, diberi makan apa serta dicampur apakah.

Doa dari saya utk semua ibu & bakal ibu, susukanlah anak kerana itu adalah hak mereka selama 2 tahun pertama. Amin.

Ummi & Aniq (Day 2)

Aniq Azzareef bin Aidi Hazree (3.88kg)

Friday, November 15, 2013

APA ITU PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF

Penyusuan susu ibu atau Breastfeeding ialah menyusukan anak dengan susu ibu melalui payudara dan bukannya daripada botol susu.
Menyusukan secara eksklusif ialah menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula atau makanan lain (begitu juga air kosong). Ianya penting selama 6 bulan pertama bayi untuk mereka mencapai tahap tumbesaran, perkembangan dan kesihatan yang baik.
Walaubagaimanapun ubat dan oral rehydration salts (ORS) boleh diberikan kepada bayi yang menyusu secara eksklusif (sekiranya perlu).
Bayi perlu diberikan makanan yang berkhasiat ketika usianya 6 bulan. Makanan yang diberikan perlulah seimbang dengan tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh bayi dan dalam masa yang sama penyusuan susu ibu masih diteruskan.
Pada ketika ini, penyusuan susu ibu bukan lagi penyusuan eksklusif.
Penyusuan susu ibu dicadangkan untuk diteruskan selama 2 tahun (atau lebih). Ianya bukan lagi penyusuan eksklusif selepas bayi berusia 6 bulan kerana beliau sudah mula bersedia untuk menerima makanan lain selain susu ibu.


Sumber rujukan http://www.who.int

Thursday, November 14, 2013

Berminat nak dapatkan produk SHAKLEE ?

Pastikan anda dapatkan dari PENGEDAR SHAKLEE yang SAH, JUJUR dan BENAR-BENAR ingin membantu anda MENYELESAIKAN MASALAH yang sedang anda hadapi dan bukan sekadar untuk menjual sahaja ya.

Kami komited INGIN MEMBANTU anda dengan produk yang SELAMAT dan HALAL ini. KONSULTASI yang berterusan dengan jaminan HARGA TERENDAH !

Your Shaklee Independent Distributor
                      Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191

♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com