APA ITU PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF
Penyusuan susu ibu atau Breastfeeding ialah menyusukan anak
dengan susu ibu melalui payudara dan bukannya daripada botol susu.
Menyusukan secara eksklusif ialah menyusukan bayi dengan
susu ibu sahaja tanpa susu formula atau makanan lain (begitu juga air kosong).
Ianya penting selama 6 bulan pertama bayi untuk mereka mencapai tahap
tumbesaran, perkembangan dan kesihatan yang baik.
Walaubagaimanapun ubat dan oral rehydration salts (ORS)
boleh diberikan kepada bayi yang menyusu secara eksklusif (sekiranya perlu).
Bayi perlu diberikan makanan yang berkhasiat ketika usianya
6 bulan. Makanan yang diberikan perlulah seimbang dengan tenaga dan nutrisi
yang diperlukan oleh bayi dan dalam masa yang sama penyusuan susu ibu masih
diteruskan.
Pada ketika ini, penyusuan susu ibu bukan lagi penyusuan
eksklusif.
Penyusuan susu ibu dicadangkan untuk diteruskan selama 2
tahun (atau lebih). Ianya bukan lagi penyusuan eksklusif selepas bayi berusia 6
bulan kerana beliau sudah mula bersedia untuk menerima makanan lain selain susu
ibu.
Sumber rujukan http://www.who.int
No comments:
Post a Comment