///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// October 2014 | Ummi Vita Centre

Wednesday, October 29, 2014

Masalah Gusi Berdarah

Adakah anda mengalami penyakit periodontium (gusi)?
Ramai orang tidak menyedari yang mereka menghidap penyakit periodontium (gusi). Periodontium (Gusi) berpenyakit  selalunya tidak menyakitkan.

Antara tanda-tanda dan gejala penyakit periodontium (gusi) :
  • gusi menjadi merah dan bengkak

  • gusi mula menyusut dan mendedahkan bahagian akar gigi


    • ·         gusi di sekeliling gigi akan bernanah
      ·         nafas berbau (halitosis)
      ·         rasa tidak selesa di dalam mulut
      ·         gigi mulai longgar

      Berita baik
      Penyakit Peridontium diperingkat awal (gingivitis) boleh dicegah dengan memberus gigi secara berkesan. Dapatkan nasihat dan pelajari teknik memberus gigi yang berkesan daripada doktor pergigian anda. Juga boleh berikhtiar dengan mengamalkan pengambilan Vitamin C Sustained Released dari Shaklee. Ia telah terbukti berkesan oleh seorang pelanggan saya yang mengalami masalah gusi berdarah yang kronik dan kini masalah beliau telah dapat di atasi.



      Apakah yang patut dilakukan supaya periodontium (gusi) anda sentiasa sihat?
      ·         Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik dengan :
      o    memberus gigi
      o    menggunakan flos
      ·         Tidak merokok
      ·         Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala dan dapatkan rawatan yang perlu
      Penyakit Gusi bagi Dewasa
      Latar belakang
      Penyakit periodontium (gusi) boleh dikategorikan mengikut peringkat atau tahap kerosakan.
      ·         Gingivitis adalah peringkat awal penyakit yang hanya melibatkan gusi (gingiva) sahaja.
      Periodontitis adalah peringkat penyakit yang lebih teruk di mana jangkitan telah merebak ke akar gigi dan melibatkan tulang serta struktur tisu penyokong gigi.
      Adakah penyakit perodontium (gusi) biasa terjadi?
      Ya, ramai orang mengalami masalah perodontium (gusi).
      Kajian National Oral Health Survey of Adult 2000, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 9 daripada 10 orang dewasa Malaysia mengalami pelbagai peringkat penyakitperodontium (gusi).

      Apakah yang menyebabkan penyakit gusi ?
      Plak gigi merupakan penyebab utama penyakit gusi.
      Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kejadian penyakit gusi seperti :
      Faktor Lokal :
      ·         Kalkulus atau plak gigi yang telah keras
      ·         Kerosakan gigi
      ·         Gigi palsu ( dentur )
      ·         Mulut kering
      Faktor Sistemik :
      ·         Merokok
      ·         Diabetes
      ·         Stres
      ·         Sebahagian ubat-ubat untuk masalah perubatan seperti epilepsi dan tekanan darah tinggi
      ·         Perubahan hormon contohnya semasa mengandung

      Apakah gejala dan tanda-tanda penyakit perodontium (gusi) ?

      Anda mungkin akan mengalami keadaan berikut:
      ·         Gusi berdarah
      ·         Gusi merah dan bengkak
      ·         Gigi longgar
      ·         Berubah dari kedudukan asal (tersesar )
      ·         Nafas berbau ( halitosis )
      ·         Gusi mula menyusut dan mendedahkan bahagian akar gigi.

      *DISCLAIMER
      These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


      Hubungi kami :

      Your Shaklee Independent Distributor
      Zaihasrah Zamri
       SMS | WhatssApp : 010-2501316
       Shaklee ID : 1004191
       Web : ummivitacentre.blogspot.com
       FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre

       Email : zaihasrahzamri@gmail.com