Adakah anda mengalami penyakit
periodontium (gusi)?
Ramai orang tidak menyedari yang mereka menghidap
penyakit periodontium (gusi). Periodontium (Gusi) berpenyakit selalunya
tidak menyakitkan.
Antara tanda-tanda dan gejala penyakit periodontium
(gusi) :
- gusi menjadi merah dan bengkak
·
gusi di sekeliling gigi akan bernanah
·
nafas berbau (halitosis)
·
rasa tidak selesa di dalam mulut
·
gigi mulai longgar
Berita baik
Penyakit Peridontium diperingkat awal
(gingivitis) boleh dicegah dengan memberus gigi secara berkesan. Dapatkan
nasihat dan pelajari teknik memberus gigi yang berkesan daripada doktor
pergigian anda. Juga boleh berikhtiar dengan mengamalkan pengambilan Vitamin C Sustained Released dari Shaklee. Ia telah terbukti berkesan oleh seorang pelanggan saya yang mengalami masalah gusi berdarah yang kronik dan kini masalah beliau telah dapat di atasi.
Apakah yang patut dilakukan supaya
periodontium (gusi) anda sentiasa sihat?
·
Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik dengan :
o
memberus gigi
o
menggunakan flos
·
Tidak merokok
·
Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala dan dapatkan rawatan yang perlu
Latar belakang
Penyakit periodontium (gusi) boleh
dikategorikan mengikut peringkat atau tahap kerosakan.
·
Gingivitis adalah peringkat awal penyakit yang hanya melibatkan gusi
(gingiva) sahaja.
Periodontitis adalah
peringkat penyakit yang lebih teruk di mana jangkitan telah merebak ke akar
gigi dan melibatkan tulang serta struktur tisu penyokong gigi.
Adakah penyakit perodontium (gusi)
biasa terjadi?
Ya, ramai orang mengalami masalah perodontium
(gusi).
Kajian National Oral Health
Survey of Adult 2000, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 9 daripada
10 orang dewasa Malaysia mengalami pelbagai peringkat penyakitperodontium
(gusi).
Apakah yang menyebabkan penyakit gusi
?
Plak gigi merupakan penyebab utama
penyakit gusi.
Walau bagaimanapun terdapat
faktor-faktor lain yang turut menyumbang kejadian penyakit gusi seperti :
Faktor Lokal :
·
Kalkulus atau plak gigi yang telah keras
·
Kerosakan gigi
·
Gigi palsu ( dentur )
·
Mulut kering
Faktor Sistemik :
·
Merokok
·
Diabetes
·
Stres
·
Sebahagian ubat-ubat untuk masalah perubatan seperti epilepsi dan
tekanan darah tinggi
·
Perubahan hormon contohnya semasa mengandung
Apakah gejala dan tanda-tanda
penyakit perodontium (gusi) ?
Anda mungkin akan mengalami keadaan
berikut:
·
Gusi berdarah
·
Gusi merah dan bengkak
·
Gigi longgar
·
Berubah dari kedudukan asal (tersesar )
·
Nafas berbau ( halitosis )
·
Gusi mula menyusut dan mendedahkan bahagian akar gigi.
*DISCLAIMER
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Hubungi kami :
Your Shaklee Independent Distributor
Zaihasrah Zamri
SMS | WhatssApp : 010-2501316
Shaklee ID : 1004191
Web : ummivitacentre.blogspot.com
Email : zaihasrahzamri@gmail.com