///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// Masalah keputihan, jangan anggap remeh ! | Ummi Vita Centre

Saturday, January 4, 2014

Masalah keputihan, jangan anggap remeh !


Selagi  bernama wanita, tiada seorang pun daripada mereka di dunia ini yang terlepas daripada mengalaminya. Paling tidak, sekali seumur hidup mereka.

Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.

Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.

Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.



Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina serta  bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa ovulasi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.
Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:


  • Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia
  • Jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal
  • Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau
  • Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah
  • Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk


Antara penyebab keputihan wanita lain:


  •  Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen


  • Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen


  • Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

Gejala jangkitan kulat faraj:

Ø  Rasa gatal, panas seperti terbakar atau mengalami kerengsaan faraj

Ø  Vulva (bibir faraj) melecet, kemerah-merahan dan bengkak

Ø  Keputihan tebal yang kelihatan seperti keju kotej, kebiasaannya tidak berbau ataupun jika berbau adalah seperti roti atau ragi

Ø  Sakit atau pedih semasa membuang air kecil atau melakukan hubungan seksual.

Ø  Langkah-langkah pencegahan:

Ø  Selepas membuang air, selalulah mencuci bahagian alat sulit dari bahagian hadapan ke belakang bagi mengelakkan penyebaran kulat dari dubur ke faraj

Ø  Pastikan alat sulit sentiasa berada di dalam keadaan kering selepas mandi ataupun membuang air

Ø  Elakkan pemakaian seluar yang ketat atau seluar dalam jenis sintetik yang menghalang pengaliran udara yang baik

Ø  Bertukarlah kepada pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas bagi membantu mengekalkan kekeringan dan kebersihan faraj

Ø  Jika boleh, pakai seluar dalam kain kapas semasa tidur atau tidak memakainya langsung

Ø  Pakai pakaian dalam yang telah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu

Ø  Cuci alat sulit anda setiap hari menggunakan sabun lembut atau krim gliserin

Ø  Elakkan daripada melakukan hubungan kelamin sejurus selepas membuang air besar

Ø  Sesetengah wanita mungkin sensitif terhadap haruman tertentu yang digunakan di dalam sabun, bahan pencuci atau produk semburan, gel mandian, losen, produk sanitari atau pencuci pakaian

Ø  Jika kerengsaan berlaku, elakkan penggunaannya sebaliknya beralihlah kepada produk yang bebas haruman.


Bagi yang memilih Shaklee, kami menyarankan anda 2 jenis vitamin yang boleh membantu memperbaiki masalah tersebut iaitu GLA Complex dan Alfalfa Complex.

Your Shaklee Independent Distributor
                      Zaihasrah Zamri
♥ SMS | WhatssApp : 010-2501316
♥ Shaklee ID : 1004191

♥ Web : ummivitacentre.blogspot.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/ummi vita centre
♥ Email : zaihasrahzamri@gmail.com



Sumber : klinik Ibnu nafis





No comments: